Sebab apa strategi marketing online anda tak berkesan? Boleh go through dulu 8 sistem di bawah, bila dah habis baca anda akan explore benda baru yang mungkin basic tapi mungkin susah nak faham sebelum ni.
Kalau ada soalan boleh tinggalkan komen di ruangan paling bawah.
Boleh tekan tajuk untuk direct ke tempat berkenaan:
Sebagai perumpamaan, anda hanya ada 2 sistem daripada 8 yang tertera di atas, bisnes anda tidak akan menjadi sawang labah-labah yang lengkap (website). Anda memerlukan beberapa flow, funnel dan sebagainya untuk menjadikan sesuatu website itu sebagai sebuah website lengkap yang menghasilkan pulangan yang lumayan untuk anda.
Marketing is all about message. Apa yang kita nak orang tahu pasal kita, marketing adalah buat orang tahu apa bisnes kita buat. Starting a business without a clear message, kita akan tend untuk tarik audience yang salah dan target market yang tak berkualiti.
Sama juga dengan website, kalau anda buat website tanpa clear objective apa yang nak disampaikan dalam website, anda tak akan dapat pulangan satu sen pun daripada investment buat website.
Cadangan saya consult dulu dengan beberapa website consultant dan nilai sendiri input yang anda dapat daripada mereka dan proceed dengan the one yang boleh bagi input yang paling juicy, bukan ambil idea mereka dan pergi upah freelancer. Tak semua orang boleh jadi executer dan exactly faham dengan idea orang lain.
Kalau kita tengok gambar piramid kat atas, most of us akan sampaikan mesej kepada top 3% sahaja yang memang dah ready nak jadi buyer. Masalah akan timbul apabila bukan semua orang dah ready mindset untuk membeli apabila masuk ke website kita dan menyebabkan mereka tak jumpa jawapan yang mereka cari dalam website kita.
Ramai orang salah faham when it comes to funnel, yang mana mereka akan ingat yang funnel tu adalah AIDA framework. Benda ni tak salah tapi AIDA framework hanyalah salah satu funnel daripada 8 sistem yang kita perlukan. Baca lebih tentang AIDA dalam sistem ke-4.
Kebiasaan orang akan skip tester/ initial offer dan terus kepada main offer, ini boleh menyebabkan terlalu banyak rejection yang you kena hadap dan kadang-kadang benda ni boleh menyebabkan kita fed-up dan putus asa dalam menjual.
"Every rejection gets you closer to YES"
Tapi jangan sampai too much rejection yang bawa kita closer to depression.
We should manage rejection dengan menjual tester atau initial product supaya rejection menjadi lebih sedikit atau berkurangan. Mustahil untuk closing rate kita menjadi 100% unless kita adalah Khairul Aming. 🫡
Sebab apa penting untuk kita buka initial offer instead of main offer terus? The simple answer is to gain trust.